CADANGAN BANGUNAN MAAHAD TAHFIZ PROFESIONAL
new_plan_1.jpg

Bakat

BERMULANYA DISINI

Para pelajar mula diterima masuk ke MTP (Maahad Tahfiz Profesional ) pada awal persekolahan .Setelah mendaftar dan masing-masing berada di hari pertama di asrama,emosi pelajar yang merindui berada jauh dari keluarga menyebabkan suasana muram.Timbul satu inisiatif dari warden pada ketika itu apabila beliau menyarankan para pelajar mengambil baldi pakaian untuk dijadikan gendang.

Secara tidak langsung suasana menjadi riuh rendah dan kembali menceriakan pelajar-pelajar.Para pelajar mula menampilkan kebolehan masing-masing.Mereka bersama-sama mengalunkan irama lagu YAHANANA.Timbul rasa kagum melihat kebolehan dan bakat terpendam para peajar,Ustaz Syakir pada ketika itu merupakan warden asrama memohon pihak MTP mempertengahkan bakat yang ada pada pelajar ini.Suasana ini juga dimuat turun ke youtube untuk tontonan umum.

KEM TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN 2014-PROMOSI

KEM TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

SEMPENA CUTI SEKOLAH

ANJURAN : MAAHAD TAHFIZ PROFESIONAL SUNGAI PETANI KEDAH

TARIKH : 1 DISEMBER - 4 DISEMBER 2014

TEMPAT :MASJID MUZAFFAR SHAH SUNGAI PETANI KEDAH

KUMPULAN SASARAN :PELAJAR BERUMUR 7 TAHUN -12 TAHUN

40 ORANG SAHAJA -LELAKI DAN PEREMPUAN

BAYARAN YURAN RM 150.00 SEORANG

________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ATURCARA PROGRAM

KEM TEKNIK MENGHAFAL AL-QURAN

SEMPENA CUTI SEKOLAH

Borang Permohonan boleh di perolehi di
Pejabat Maahad Tahfiz Profesional
Masjid Sultan Mudzafar Shah
Jalan Kolam Air
Sungai Petani Kedah

Atau hubungi Farhan, Telefon : 017-4378200

TARIKH : 1 DISEMBER 2014 (ISNIN)

Pendaftaran di buka sekarang

MASA AKTIVITI TINDAKAN
03.00-03.40 ptg Pendaftaran Farhan
03.40-04.20 ptg Taklimat dan peraturan asas Shahril
04.20-05.00 ptg Solat Asar ,zikir dan Doa Muaalim & muaalimah
05.00-06.20 ptg Minum petang ,taaruf & pecah kumpulan Shahril
06.20-07.20 ptg Makan malam Addeen
07.20-08.00 mlm Solat Maghrib ,zikir ,dan Doa Muaalim & muaalimah
08.00-08.40 mlm Teknik-teknik menghafal Al-Quran Ikhwan & Atiqah
08.40-09.20 mlm Solat Isya' ,zikir ,Doa Muaalim & muaalimah
09.20-10.00 mlm Motivasi 1 : Putera & puteriku Sayang Hj Abdullah Mahmud
10.00-10.40 mlm Praktikal 1: Doa dan bacaan Jailani
10.40 mlm Rehat & tidur Jailani

TARIKH : 2 DISEMBER 2014 (SELASA)

MASA Aktiviti Tindakan
04.30-05.10 pg Bangun ,bersuci & urus diri Jailani & Atiqah
05.10-.5.50 pg Qiamulail 1 : Tahajjud ,Sunat Syukur dan witir Jailani & Atiqah
05.00-06.30 pg<.td>Solat Subuh ,Zikir dan Doa Muallim & Muaalimah
06.30-07.50 pg Praktikal 2 : Talaqqi Al-Quran dan Solat Israk Ikhwan & Jailani & Atiqah
07.50-08.30 pg Riadah Pagi Shahril
08.30-09.10 pg Sarapan pagi Addeen
09.10-10.30 Peng. Resam Al-Quran dan Solat Sunat Dhuha Ikhwan & Atiqah
10.30-11.10 Rehat
11.10-12.30 pg LDK 1 :Memahami ilmu Tajwid Ikhwan & Jailani & Atiqah
12.30-01.10 t/hari Makan t/hari & rehat /tidur Addeen
01.10-01.50 ptg Solat Zohor ,zikir & Doa Muaalim & Muaalimah
01.50-03.10 ptg Praktikal 3 : Hafazan Baru (Tasmik) Al-Quran<.>Ikhwan & Jailani &Atiqah
03.10-04.30 ptg Motivasi 2 :Saya Khalifah Allah Ust Mohd Nasir
04.30-05.10 ptg Solar Asar ,zikir dan Doa Muaalim & muaalimah
05.10-06.20 ptg Minum petang dan Riadah Aizuddin
06.20-07.20 ptg Makan malam Addeen
07.20-08.00 mlm Solat Maghrib ,zikir dan Doa Muaalim & muaalimah
08.00-08.40 mlm Praktikal 4 : Hafazan Al-Quran Ikhwan & Jailani & Atiqah
08.40-09.20 mlm Solat Isya' ,zikir dan Doa Muaalim & Muaalimah
09.20-10.00 mlm Praktikal 5 : Tasmik Ikhwan & Jailani & Atiqah
10.00-10.40 mlm Praktikal 6 : Doa & Bacaan Jailani
10.40 mlm Tidur jailani

TARIKH : 3 DISEMBER 2014 (RABU)

MASA AKTIVITI TINDAKAN
04.30-05.10 pg Bangun ,bersuci dan urus diri Jailani & Atiqah
05.10-05.50 pg Qiamulail 2 : Tahajjud ,Sunat Taubat dan Witir Jailani & Atiqah
05.50-06.30 pg Solat Subuh ,zikir & doa muaalim & muaalimah
06.30-07.50 pg Praktikal 7 : Tasmik & Solat Israk Ikhwan & Jailani & Atikah
07.50-08.30 pg Riadah Shahrin
08.30-09.10 pg Sarapan Pagi Addeen
10.30-11.10 pg Praktikal 8 : Solat Dhuha (bacaan yang diingat) Ikhwan & Atiqah
10.30-11.10 pg Rehat
11.10-11.50 pg Motivasi 3 : Peribadi Muslim Ustaz Muhamad Nasir
11.50-12.30 pg Motivasi 4 : Black n White Ustaz Mohd Nasir
12.30- 01.10 t/hari Makan tengahari & rehat / tidur Addeen
01.10-01.50 t/hari Praktikal 9 : Murajaah Tasmik Ikhwan & Jailani & Atiqah
04.30-05.10 ptg Solat Asar ,zikir dan doa Muaalim & muaalimah
05.10-06.20 ptg Minum petang & Riadah Aizuddin
06.20-07.20 mlm Makan Malam Addeen
07.20-08.00 mlm Solat Maghrib ,zikir dan doa Muaalim & muaalimah
08.00-08.40 mlmPraktikal 10 : Hafazan Al-Quran Ikhwan & Jailani & Atiqah
08.40-09.20 mlm Solat Isya' ,zikir dan doa Muallim & muaalimah
09.20-10.00 mlm Praktikal 11 :Tasmik Ikhwan & Jailani & Atiqah
10.00-10.40 mlm Praktikal 12 : Doa dan Bacaan Jailani
10.40 Tidur

TARIKH : 4 DISEMBER 2014 (KHAMIS)

MASA AKTIVITI TINDAKAN
04.30-05.10 pg Bangun ,bersuci dan urus diri Jailani & Atiqah
05.10-05.50 pg Qiamulail 3 :Tahajjud ,sunat hajat dan witir Jailani & Atiqah
05.50-06.30 pg Solat Subuh ,zikir dan Doa Muaalim & Muaalimah
06.30-07.50 pg Praktikal 13 :Ujian Al-quran & Solat Israk Ikhwan & Jailani & Atiqah
07.50-08.30 pg Sarapan pagi Addeen
08.30-10.30 pg Praktikal 14 : Ujian Solat Muaalim & muaalimah
10.30-11.10 pg Rehat Addeen
11.10-11.50 pg Ceramah umum (waris dan peserta) Shaik Wan (imam)
11.50- 01.10 t/hari Penutup dan penyampaian sijil Hj Abdullah Mahmud(Pengerusi)
01.10 t/hari Solat Zohor ,Zikir dan doa /bersurai

Kumpulan Qasidah

Audio: 

Test B1

Album Qasidah Pertama Maahad Tahfiz Profesional

Pengasas Kumpulan Qasidah ini ialah Ustaz Muhamad Syakir b Abdol Somad.Beliau merupakan warden di Maahad Tahfiz Profesional.Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Lumat Yan Kedah pada tahun 2000 hingga 2005.Melanjutkan pelajaran menengah di Maktab Mahmud Alor Setar pada tahun 2006 hingga 2010.Beliau berjaya melanjutkan pelajaran peringkat tinggi di Universiti Al-Bayt,Mafraq ,Jordon.Beliau berumur 21 tahun.Berpengalaman luas dalam bidang seni Qasidah.Mengambil kesempatan atas pengalaman itulah beliau cuba melahirkan satu kumpulan Qasidah yang terdiri daripada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Profesional.Beliau mula mengadakan sessi uji bakat dan terus melatih pelajar-pelajar ini bermain alat muzik.

Menurut Ustaz Syakir lagi Qasedah merupakan satu fenomena baru bagi semua peringkat umur di Malaysia.Ia merupakan satu keadaan yang positif pada remaja yang sering dihidangkan dengan rentak lirik dan lagu yang tidak memberi manfaat kepada mereka.Di dalam bait-bait Qasidah terkandung ucapan yang memuji dan berselawat ke atas Nabi Muhamad SAW dan ianya akan memberi impak pada jiwa remaja-remaja.

Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Profesional ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana kumpulan ini menerima jemputan untuk membuat persembahan di Masjid Sultan Muzaffar Shah dan Masjid Taman Peruda Sg Petani.Maju setapak lagi di mana kumpulan ini sedang merakamkan album sulung mereka yang akan dilancarkan pada 24 Oktober 2014.Hasil jualan ini akan dimanfaatkan untuk kemajuan Maahad Tahfiz Profesional sendiri.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah:

1.Muhamad Rais bin Roslan (vokalis)
2.Muhamad Syakir bin Rodzuan(vokalis)
3.Muhamad Asri bin Akhmal Hisham
4.Muhamad Fathi bin Amri
5.Hamizan bin Sobri
6.Muhamad Irfan Khalis bin Makroleh (Alat muzik Conga)
7.Muhamad Nu'man bin Sobri (Alat muzik Darbuka)
8.Muhamad Ikhwan Naem bin Mohamad Nizar (Alat muzik Tumburee/Champ)
9.Atmam Widad bin Azanol (Alat muzik Cajon)

Kumpulan Qasidah Maahad Tahfiz Profesional baru menyiapkan rakaman Qasidah mereka yang pertama baru baru ini.Sekarang dalam pembikinan kulit album . Bagi yang berminat sila hubungi Maahad Tahfiz Profesional bagi mendapatkan yang original. Jangan beli yang tiruan.


Permohonan Kemasukan 2015

Permohonan Masuk ke Tingkatan Satu, 2015

Maahad Tahfiz Profesional mempelawa permohonan dari pelajar-pelajar yang berkelayakan untuk memasuki tingkatan satu 2015, berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan UPSR tahun 2014.

Kelayakan Pemohon

Pemohon hendaklah memperoleh kelayakan berikut:

YURAN PENDAFTARAN BARU 2015

Jadual Yuran 2015
PERKARA BAYARAN (RM)
BAYARAN SEKALI  
Yuran Pendaftaran  
Kad Pelajar 50
Takaful Pelajar 10
BAYARAN TAHUNAN  
Yuran Buku (Teks/Latihan/ Nota)  
Buku Teks Akademik / Diniyah / Tahfiz  
Buku Tulis (Nota dan Latihan ) - 25 buah buku kesemuanya 300
Yuran Peperiksaan  
Peperikssaan Dalaman Maahad 50
Yuran KoKurikulum  
Memanah  
Berenang  
Rekreasi  
Usahawan  
Qasidah /Nasyid mengikut keperluan
Yuran Selenggara Asrama 80
Yuran Kesihatan 50
T-Shirt Rasmi Sekolah 2x 60
Jubah Rasmi Sekolah 1x 80
Kopiah 2x 50
JUMLAH BAYARAN PENDAFTARAN 730
BAYARAN BULANAN  
Yuran Pengajian  
Bayaran Kemudahan Pengajian Pelajar 90
YURAN ASRAMA 300
JUMLAH BAYARAN BULANAN 390
JUMLAH KESELURUHAN 1120
YURAN KHAS ( SEKALI SAHAJA)  
Pendaftaran KITAB 200

SENARAI YURAN MAAHAD TAHFIZ PROFESYIONAL

Mulai Januari tahun 2015, Maahad Tahfiz Profesional akan mengurangkan yuran bulanan dari RM490.00 kepada RM390.00 sebulan.
Pengurangan ini dapat dilakukan kerana Maahad Tahfiz Profesional akan berpindah ke kampus tetapnya di Kampong Telok Air, yang dijangka siap dalam bulan Disember 2014.

Road Show

Kunjungan ke sekolah-sekolah

Maahad Tahfiz Profesional sedang melakukan kempen untuk menarik pelajar-pelajar menyertai Maahad ini yang akan memulakan pengajian pada Januari 2014. Kempen melalui radio (Kedah fm) dan media cetak ("Sinar Harian" edisi utara) telah dimulakan sejak dua bulan yang lalu. Pemohon yang telah mengemukakan permohonan akan dinilai dan dipanggil untuk menghadiri temuduga bermula 9 November 2013.

Sementara itu, program penerangan (road show) akan dimulai dengan mengadakan kunjungan ke sekolah-sekolah. Para muallim akan mengunjungi sekolah-sekolah di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (Seberang Perai) untuk memberi penerangan ringkas kepada pengurusan sekolah dan para pelajar tentang pengajian di Maahad ini. Bersama mereka adalah risalah dan borang permohonan untuk pelajar yang berminat.

Logo MTP

Logo MTP

KETERANGAN LOGO MAAHAD TAHFIZ PROFESIONAL (MTP)

Mengenai Simbol

Kubah

Kubah Masjid An-Nabawi Asy-Syarif melambangkan ajaran Rasulullah SAW yakni Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi asas perlembagaan dan pegangan Maahad Tahfiz Profesional. Maahad mengutamakan pengajian dan penerapan kedua-dua sumber tersebut dalam kehidupan setiap warganya.

Padi

Tangkai Padimelambangkan negeri Kedah sebagai negeri jelapang padi, yang menjadi pusat perkembangan ilmu Al-Quran dan As-Sunnah seiring dengan tujuan penubuhan Maahad Tahfiz Profesional

Bulat Sabit

Bulan sabit melambangkan simbol ketinggian Islam dan simbol astronomi. Simbol ketinggian Islam merupakan peranan Maahad Tahfiz Profesional dalam mengangkat Islam dalam diri individu dan masyarakat. Simbol astronomi merujuk peranan dalam memacu ke arah kecemerlangan profesional

Kitab

Kitab melambangkan rujukan yang sahih dalam usaha Maahad Tahfiz Profesional untuk mengembang dan mengimbangi ilmu duniawi dan ukhrawi

Simbol Sains

Simbol sainsmelambangkan pertembungan sains moden dan ilmu wahyu yakni AlQuran dan As-Sunnah

Obor

Obormelambangkan sinar kecemerlangan ilmu yang sentiasa memancar dalam diri individu dan masyarakat

Simbol Gear

Simbol gearmelambangkan peranan Maahad Tahfiz Profesional sebagai penggerak perkembangan ilmu dalam mendidik individu dan masyarakat

Mengenai Warna

Hijau

Warna hijau melambangkan pertumbuhan, perkembangan dan keseimbangan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam menyerlah ketinggian Islam dalam diri individu dan masyarakat

Merah

Warna merah melambangkan hasrat, keberanian dan pencapaian tujuan untuk melahirkan generasi yang lengkap dengan kedua-dua ilmu duniawi dan ukhrawi

Kuning

Warna kuning melambangkan semangat, harapan, optomis dan kepercayaan dalam menjalankan kerja dakwah pendidikan secara profesional

Putih

Warna putihmelambangkan kerohanian,kesederhanaan kesucian dan kesempurnaan dalam membentuk individu yang kamil yakni seimbang duniawi dan ukhrawi

Mengenai Motto

Profesional Soleh

Profesional Soleh menerangkan matlamat utama Maahad Tahfiz Profesional untuk melahirkan generasi profesional yang berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam mencapai objektif " Insan Rabbani".

Pelan Strategi Maahad Tahfiz Profesional

Pengenalan

Satu perkara yang unik mengenai Maahad Tahfiz Profesional ini ialah bahawa ianya diasaskan oleh sekumpulan orang profesional--sekarang dalam lingkungan umur 60an-- yang tidak mempunyai pengetahuan mendalam mengenai al-Quran, tetapi ingin melahirkan satu generasi profesional baru yang berakhlak al-Quran. Kesedaran ini timbul dari pemerhatian dan pengalaman mereka dalam bidang profesion masing-masing dan mendapati bahawa pengetahuan teknik sahaja tidak boleh menjamin kemakmuran.

Di negara kita pun perkara ini sedang berlaku. Kajadian bumbong runtuh, jalan raya berlubang, dan berbagai-bagai lagi kegagalan kejuruteraan berlaku ketika kita berada pada tahap pengetahuan yang tinggi. Kta mempunyai bilangan jurutera yang berlebihan sehingga ada yang menganggur. Oleh yang demikian pengetahuan teknik tidak menjamin pembangunan yang mapan.

Di Indonesia, hal yang sama telah juga pernah berlaku. Selama lebih 30 tahun, dari tahun 1965 hingga tahun 2000, Indonesia di tadbir oleh parti Golkar, iaitu Golongan Karyawan, yang dalam bahasa Indonesia membawa erti profesional. Semasa pentadbiran ini, rasuah di terima sebagai suatu nilai. Pekerja-pekerja sudah mula menerima "amplop" untuk melaksanakan tugas. Masyarakat sudah dikuasai oleh falsafah material.

Falsafah inilah yang perlu diganti dengan falsafah iman dimana orang percaya kepada hari akhirat dan akan merasa bertanggung jawab ke atas segala perbuatan mereka. Sebab itulah maka keimanan itu boleh membawa barakah kepada manusia, seperti firma Allah


Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan

Maka visi yang menjadi arahtuju maahad ini ialah seperti yang digariskan oleh ayat di atas.

visi

Masyarakat beriman dan bertaqwa.

Misi

Melahirkan pelajar-pelajar jurusan profesional yang berdaya maju dalam bidang pendidikan Islam dan akademik, serta memiliki fikrah Islam dalam diri

Tag Line

Profesional Soleh

Objektif

  1. Melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia untuk memasuki institusi pengajian tinggi dengan akhlak yang baik,mempunyai ilmu duniawi dan ukhrawi, disamping sebagai seorang hafiz atau hafizah
  2. Menyediakan asas yang kukuh untuk membolehkan pelajar-pelajar ini berdikari selepas tamat pengajian
  3. Melahirkan pelajar pelajar yang menguasai ilmu syarie dan waqie
  4. menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif

Polisi

Bagi mencapai objektif tersebut, Maahad Tahfiz ini mengambil strategi atau pollsi berikut:

  • Bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bersedia untuk memasuki institusi pengajian tinggi dengan memiliki akhlak yang baik serta memiliki ilmu duniawi dan ukhrawi, disamping kebolehan sebagai hafiz atau hafizah, maka adalah menjadi dasar tahfiz ini untuk memastikan penggunaan kurikulum yang diiktiraf:
    1. Matapelajaran akademik mengikut kurikulum KBSM
    2. Matapelajaran diniah mengikut Kurikulum Majlis Ugama Islam Kedah
    3. Matapelajaran mengikut piawaian dan akan diakreditasi oleh Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB), Pulau Pinang
  • Bagi menyediakan asas yang kukuh supaya pelajar-pelajar boleh berdikari selepas tamat pengajian, maahad ini mempunyai dasar pembentukan character atau akhlak melalui polisi berikut:
    1. Mengajar matapelajaran kemahiran hidup sebagai aktivit ko-kurikulum yang melibatkan kemahiran berkumunikasi
    2. Mengajar matapelajaran falsafah sebagai aktiviti ko-kurikulum yang boleh mempertajamkan fikiran
  • Bagi melahirkan pelajar pelajar yang menguasai ilmu syarie dan waqie, maahad ini mempunyai polisi berikut:
    1. Melibatkan pelajar-pelajar dengan aktiviti kemasyarakatan melalui institusi masyarakat, terutama institusi masjid
    2. Memberi pendedahan kepada kemajuan industri semasa melalui ceramah profesional jemputan yang terlibat dalam industri
  • Bagi tujuan menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, maahad ini akan menggunakan polisi berikut:
    1. Polisi pentadbiran sekolah seperti nisbah guru : pelajar, keperluan bilik darjah, dan lain-lain keperluan persekitaran hendaklah mengikut dasar semasa Kementerian Pendidikan Malaysia
    2. Polisi berkaitan pekerja ( employlee) hendaklah memenuhi dasar buruh negara
    3. Mana-mana polisi yang tidak diliputi oleh dasar awam hendaklah diputuskan oleh Lembaga Pentadbir Sekolah dan dilaksanakan oleh pentadbiran sekolah

Pertandingan Logo Maahad (MTP)

Pertandingan Logo Maahad Tahfiz

Sebanyak 4 penyertaan telah diterima seperti berikut:

Logo 1.

Penyertaan Pertama

Logo 1 mempunyai bentuk bulat yang membawa erti sebuah sekolah, yang di dalamnya terkandung baghagian "gear", bagi menggambarkan bidang akademik. Di bahagian tengahnya ialah senaskah Quran, yang sekali gus melambangkan jurusan agama dan hafazan.
Warna kuning adalah lambang negeri Kedah, manakala hijau pula adalah warna koperat untuk maahad ini.

Logo 2.

Penyertaan Kedua

Logo 2 mempunyai rekabentuk empat persegi, yang membawa maksud objektif asas penubuhan Yayasan Profesional Ummah Kedah, iaitu basan yang bertanggung jawab di atas penubuhan Maahad Tahfiz Profesional.
Ditengah-tengah logo ialah sebuah alQuran dan rehal yang membawa erti jurusan yang diikuti oleh pelajar pelajar iaitu akademik, agama, dan tahfiz. Simbul bintang bulan pula melambangkan ilmu dan pendidikan berjiwa Islam.

Logo 3.

Penyertaan Ketiga

Logo 3 mempunyai bentuk bulat yang membawa erti sebuah sekolah, yang di dalamnya terkandung baghagian "gear", bagi menggambarkan bidang akademik. Di bahagian tengahnya ialah senaskah Quran, yang sekali gus melambangkan jurusan agama dan hafazan.
Warna kuning adalah lambang negeri Kedah, manakala hijau pula adalah warna koperat untuk maahad ini.

Logo 4.

Penyertaan Keempat

Logo 2 mempunyai rekabentuk empat persegi, yang membawa maksud objektif asas penubuhan Yayasan Profesional Ummah Kedah, iaitu basan yang bertanggung jawab di atas penubuhan Maahad Tahfiz Profesional.
Ditengah-tengah logo ialah sebuah alQuran dan rehal yang membawa erti jurusan yang diikuti oleh pelajar pelajar iaitu akademik, agama, dan tahfiz. Simbul bintang bulan pula melambangkan ilmu dan pendidikan berjiwa Islam.